SAYA BERMINAT UNTUK BELAJAR LAGI

KITA SEMUA SAMA SAHAJA

Kita semua dan setiap orang di dunia ini memerlukan tiga perkara: ingin disayangi, ingin diperlukan dan ingin diterima.

Apakah perasaan anda jika saya katakan bahawa anda boleh penuhi ketiga-tiga keperluan tersebut?

Apakah perasaan anda jika saya katakan saya tidak menjual apa-apa pun?

Apakah perasaan anda jika saya katakan bahawa keperluan tersebut tidak perlu diperolehi kerana ianya sememangnya ganjaran untuk anda?

Sebelum ini, saya pernah alami keadaan dimana saya berada dalam keadaan tidak tenang, tiada harapan dan tujuan hidup. Saya berharap ada perkara lain untuk saya kecapi dalam hidup ini.

Namun, ada seseorang yang hadir dalam hidup saya dan menceritakan tentang Tuhan yang menyayangi saya dan memberikan tujuan dan harapan untuk saya hidup. Ini bukanlah Tuhan yang jauh dari kita, tapi Tuhan yang ingin saya bersamaNya selama-lamanya di syurga selepas saya meninggal dunia.

Tapi, saya ada satu masalah.Syurga adalah tempat yang sempurna tapi saya tidak sempurna! Saya tidak layak ke syurga. Tapi, Tuhan memberi peluang kepada saya melalui anakNya, Jesus Christ yang mengorbankan dirinya untuk mati demi dosa kita semua. Selepas 3 hari, Dia akan bangkit dan membuktikan segala-galanya.

Saya menjemput Jesus untuk memandu saya dalam kehidupan. Saya memohon ampun atas segala keterlanjuran perbuatan yang telah dilakukan dan meminta Dia memberikan kekuatan untuk hidup demi Dia bukan untuk diri sendiri.

Dan tahukah anda apa yang berlaku? Saya memperoleh harapan, ketenangan dan tujuan baru. Sungguh luar biasa. Dan hal ini masih berterusan!

BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA?

Adakah anda sudah bersedia untuk memulakan hidup baru? Menurut Bible, semasa kita mengakui Jesus sebagai tuan/Tuhan dalam kehidupan, kita akan menjadi ciptaan baru… perkara lama akan ditinggalkan dan semuanya akan jadi baru!

Soalannya sekarang?

“Apa yang menghalang anda menyerahkan diri anda sepenuhnya kepada Jesus hari ini?”

Anda takut? Tidak pasti? Tekanan dari rakan sebaya? Atau mungkin sahaja anda tidak mahu berfikir tentang isu penting seperti ini? Atau mungkin anda fikir Tuhan ada benda lain yang lebih penting untuk diselesaikan.

Berita baiknya. Tuhan sayangkan anda! Dan jika mengakui dosa-dosa kita terhadap Jesus, Dia akan memaafkan kita… titik… tidak kira betapa kecil atau besar dosa yang dilakukan. Kenapa anda perlu memperjudikan diri anda dan menunggu?

Dengar sini ABC akan memberitahu caranya untuk mendapat tiket syurga:

Akui kesemua kesalahan saya. Saya adalah pendosa. Dan Tuhan tidak akan benarkan sesiapa yang berdosa kecil masuk ke syurga atau jika tidak, ia bukan lagi sebuah syurga.

Percaya dengan yakinnya saya bahawa Jesus mengorbankan dirinya untuk dosa saya dan bangkit semula membuktikan dirinya adalah benar.

Mengakui dosa saya dan memohon keampunanNya. Bersedia untuk memalingkan muka dari melakukan dosa dengan bantuan Tuhan. Mengakui bahawa Jesus adalah Tuhan dan Penyelamat saya… tuanku.

Anda tidak perlu menyucikan diri anda sebelum anda mendekati Tuhan. Anda mesti hadirkan diri seperti apa yang ada. Dia tidak akan teruja dengan kebersihan atau kerja mulia kita kerana Dia tidak berdosa. Dia menjemput kita untuk diampunkan dosa dan mendapat kebebasan!

Jadi, apa pendapat anda? Apa yang menghalang anda dari memohon kepada Jesus untuk menjadi raja kehidupan anda hari ini? Tiada apa-apa?

Bolehkah anda mengalunkan doa ini dari hati anda?

Teruskan dan berdoa dengan kuat dari hati anda:

“Wahai Jesus,
Aku akui aku telah melakukan banyak hal buruk dan aku adalah seorang pendosa. Aku percaya Kau telah mengorbankan diri untukku dan bangkit semula. Aku mengakui dosaku padamu. Ampunkan aku dan berikan aku permulaan yang baru. Aku inginkan Engkau menjadi tuanku dan Tuhan di hatiku. Bantu aku untuk hidup demiMu. Aku bersyukur untuk hati dan keampuna. Aku berdoa atas nama Jesus… amen!”

TAHNIAH!

Jika anda benar-benar berdoa dari hati, Tuhan pasti mendengar sekarang. Dia telah memaafkan setiap dosa yang anda lakukan. Tidak kira dosa kecil atau besar, semua akan dimaafkan. Dan sekarang anda akan ada permulaan yang baru… bermula dengan bersih!

Dan berikut adalah cara untuk anda terus mencintai Tuhan anda dengan kukuh:

Baca kitab Bible dan berdoa setiap hari. Saya menggalakkan anda untuk mula membaca buku Saint John. Ia akan menceritakan segalanya tentang Jesus dan sayangnya Dia kepada anda. Dan berdoa pula ialah cara anda berkomunikasi dengan Tuhan, berterima kasih atas segala kebaikan dalam kehidupan anda dan mohon daripadaNya kebijaksanaan dalam menghadapi hari yang sukar.

Hadir ke gereja yang percaya kitab Bible adalah benar dan berdakwah demi Jesus. Jika anda menghadapi masalah dalam pencarian ini, anda boleh e-mel saya dan saya pasti akan membantu.

Berbaptis dengan air suci. Hati anda akan berada ditempatnya dan komitmen menjadi lebih kuat. Gereja anda akan membantu anda.

Penuhi diri dengan Roh Kudus. Mohon dengan Tuhan untuk penuhi diri anda dengan semangatNya dan memberikan kurniaanNya kepada anda. 5 bab pertama kitab akan membantu anda.

Beritahu orang lain sebanyak mungkin tentang doa anda hari ini dan bagaimana Jesus memaafkan anda.

Sekarang, satu hal lagi. Adakah anda akan e-mel saya hari ini di frostygrapes@oasiswm.org dan beritahu saya cara anda menjadikan Jesus sebagai raja di hati anda? Mungkin ini kali pertama anda lakukan atau mungkin anda sesat sebelum ini dan baru sahaja tiba di rumah. Apa-apa pun, saya ingin mendengar dari pihak anda.

Berikut adalah beberapa laman web yang boleh membantu anda menyuburkan keimanan anda:

www.needhim.org, www.oneminutewitness.org, dan www.oasisworldministries.org.




SUMBER

Features
Features
Features